Francais filem Predators adalah filem yang menarik. Tetapi versi baru yang ditayangkan dua tahun lepas iaitu The Predators agak mengarut dan tidak seronok. Tetapi filem kelima mungkin akan berbeza.

20th Century Fox sudah menjadi 20th Century Studios, yang mana berada di bawah naungan Disney. Jadi filem Predator kelima ini akan menjadi berbeza. Filem kelima dilaporkan akan diarahkan oleh Dan Trachenberg, iaitu pengarah filem 10 Cloverfield Lane.

Filem ini akan ditulis oleh Patrick Aison, iaitu penerbit dan penulis siri TV seperti Jack Ryan di Amazon Prime Video. Laporan turut menyatakan yang filem ini mungkin tidak akan mengikuti pembangunan filem terkini. Ini bermakna ia akan dimulakan dari awal.

Sohor Kini