Lagi Video Acah Javicia Leslie Sebagai Batwoman Dipertontonkan

Javacia Leslie adalah pelakon baru untuk siri TV Batwoman dari The CW. Batwoman ini termasuk dalam dunia Arrowverse, bersama-sama dengan The Flash, Supergirl, Arrow dan banyak lagi. Pada awalnya, Ruby Rose memainkan watak Kate Kane/Batwoman. Tetapi atas masalah yang tidak dapat dielak, beliau menarik diri dan digantikan dengan Javacia.

Seperti banyak siri TV DC The CW yang lain, Javacia akan memainkan watak yang baru dicipta yang tiada di dalam komik. Beliau akan memainkan watak Ryan Wilder. Seorang wanita licik, ganas, bijak dan juga merupakan pengedar dadah. Untuk musim baharu siri TV ini, beliau terjumpa sut Batwoman dan memakainya untuk kebaikan diri. Video acah baru memperlihatkan beliau seakan baru sahaja menemui sut ini dan terus memakainya.

Tetapi lama kelamaan, beliau sedar yang sut ini terlampau berkuasa kerana identiti Batwoman itu sendiri. Jadi beliau menjadi Batwoman baharu. Menjadikan persoalan adalah, bagaimana pihak The CW ingin menceritakan pemergian Kate Kane dalam siri TV ini. Kemudian bagaimana Batwoman baru ini akan berganding bahu dengan Luke Fox, Sophie dan lain-lain.

Sohor Kini