Crystal Dynamics dan Square Enix hari ini mengumumkan yang watak DLC pertama untuk permainan Marvel’s Avengers iaitu Kate Bishop akan tiba secara percuma pada 8 Disember 2020. Ia juga akan menyertakan tambahan penceritaan yang akan memfokuskan kepada Kate Bishop.
Penceritaan akan meneruskan kejadian di dalam kempen penceritaan sebelum ini, dan Kate Bishop tampaknya cuba mendapat bantuan daripada Avengers untuk menyelamatkan Clint Barton atau Hawkeye. Clinat Barton juga akan disertakan sebagai watak yang boleh digunakan, beliau dijangka tiba pada awal tahun 2021.
Marvel’s Avengers sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui fungsi keserasian belakang (fail simpanan sama boleh digunakan). Anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini; Ulasan Marvel’s Avengers – Berpotensi Tetapi Mengecewakan.