Skip to main content

Sharkboy and Lavagirl adalah filem adiwira dengan CGI mengarut di zaman saya masih kecil lagi. Filem ini pada ketika itu lucu, seronok ditonton dan turut mempunyai format tontonan 3D. Filem ini adalah untuk hiburan kanak-kanak, jadi ia agak pelik dan janggal jika kita sebagai dewasa tonton.

Sekuel filem ini sudah pun diumumkan pada bulan Julai lepas, kini filem ini dilihat sudah siap. Ia akan disiarkan di Netflix Malaysia pada 1 Januari 2021 ini. Filem ini akan mengisahkan kehidupan Sharkboy dan Lavagirl di zaman dewasa, yang mana mempunyai anak yang ada gabungan kuasa kedua ibu bapanya. Filem ini membawakan pelakon seperti Pedro Pascal dan Priyankan Chopra serta Taylor Dooley sebagai Lavagirl dan JJ Dahsnaw sebagai Sharkboy. Filem ini diarahkan oleh Robert Rodriguez, iaitu pengarah yang sama dari filem asal.

Video acah pertama sudah diperlihatkan. Penjahat dalam filem ini besar kemungkinan adalah Priyankan, menurut sinopsis Sharkboy dan Lavagirl telah diculik oleh makhluk asing dan anak mereka serta rakan-rakan perlu menyelamatkan dua adiwira ini. Video acah memperlihatkan penggunaan CGI mengarut yang sama, aksi lucu yang tidak masuk akal dan lakonan yang pasti akan membuatkan orang ramai ketawa.

Leave a Reply