Skip to main content

Bagi anda yang pernah bermain mana-mana permainan RPG, anda mesti tertanya di mana peniaga-peniaga tukang besi di dalam permainan tersebut memperoleh stok ataupun bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis senjata untuk dijual kepada anda.

Untuk menjawab soalan tersebut, Digital Sun dan 11 Bit Studios melancarkan permainan Moonlighter di mana ia memfokuskan pemain untuk bermain sebagai seorang peniaga tukang besi di mana selain menjual senjata dan barangan untuk pengembara, pemain juga akan keluar mencari bahan-bahan untuk menghasilkan senjata, baju perisai dan sebagainya.

Setelah melancarkan permainan tersebut di konsol dan PC sebelum ini, hari ini 11 Bit Studios mengumumkan yang mana permainan tersebut kini turut tiba di peranti iOS.

Melalui pelancaran versi iOS ini, Digital Sun menyatakan terdapat beberapa perubahan kawalan dengan sokongan skrin sesentuh. Pada masa yang sama, 11 Bit Studios mengesahkan versi Android juga turut akan tiba, namun tarikh pelancaran masih belum diumumkan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini dengan harga RM49.90 di App Store di mana ia akan menyokong peranti iOS iPhone 7 ke atas dan iPad generasi kelima, iPad Air generasi ketiga dan iPad Pro generasi keenam ke atas.

Leave a Reply