Skip to main content

TIME seperti tahun-tahun lepas telah mengeluarkan senarai 100 rekaan terbaik bagi tahun 2020. Bagi kategori hiburan mereka telah memilih 6 produk iaitu Xbox Series S, Nvidia Geforce Now, PlayStation 5, Animal Crossing: New Horizons, LG 65-in GX OLED dan Samsun Sero.

Menariknya, mereka telah memilih Xbox Series S berbanding Xbox Series X mungkin kerana mereka ingin memfokuskan kepada tawaran Xbox Game Pass, dan Xbox Series S boleh dikatakan adalah cara paling murah untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Namun, di-gambar untuk produk ini mereka turut meletakkan Xbox Series X.

Bagi PlayStation 5 ia adalah satu-satu jenis konsol yang ditawarkan oleh Sony, yang hanya mempunyai variasi tanpa pembaca cakera. TIMES mengatakan ia adalah konsol yang membawa pelbagai inovasi terutama melalui fungsi yang terdapat di DualSense.

Permainan tunggal yang tersenarai adalah Animal Crossing: New Horizon yang mengikut mereka telah menjana keuntungan yang memecah pelbagai rekod untuk Nintendo. Bagi TIMES, tarikan utama Animal Crossing adalah kesenangan untuk permainan ini dimainkan oleh pelbagai kategori pemain.

Bagi kategori kebolehcapaian pula, mereka telah menyenaraikan Logitech Adaptive Gaming Kit, ia adalah hasil kerjasama antara Logitech dan Microsoft yang tersenarai untuk kategori sama pada tahun 2008 untuk Xbox Adaptive Controller. Melalui alat kawalan ini, ia akan memudahkan orang-orang kelainan upaya untuk turut mengalami permainan video.

Leave a Reply