Chaos Walking adalah filem yang diadaptasi dari siri novel Chaos Walking, buku pertama The Knife of Never Letting Go. Ia berlaku di dunia tersendiri, mempunyai aksi, fantasi dan pengembaraan. Dalam novel ini, dunia dijangkiti dengan sejenis kuman dan membunuh semua wanita. Kesan yang ditinngalkan adalah, semua lelaki dihidapi dengan Noise yang mana mendedahkan secara visual isi hati mereka.

Untuk versi filem, Tom Holland, Daisy Ridley dan Mads Mikkelsen memainkan watak penting iaitu Todd Hewitt, Violo Eade dan David Prentiss. Menggunakan konsep yang sama dengan novel, semua wanita sudah tiada atau lesap. Todd yang sudah lama tidak melihat wanita berte,u dengan Viola. Hidup beliau terancam dan Todd ingin menyelamatkan beliau. Pelbagai halangan ditempuhi, Todd sedari yang beliau perlu lakukan segalanya untuk mendedahkan rahsia sebenar.

Video acah sudah pun diterbitkan. Ia kelihatan menarik, lain daripada yang lain dan mungkin akan memuaskan hati. Gandingan hebat Tom Holland dan Daisy Ridely pasti akan membuatkan orang ramai teruja. Filem ini masih tiada tarikh tayangan dan/atau siaran. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini