Seperti diumumkan sebelum ini, CD Projekt Red akhirnya berkongsi Night City Wire episod ke-5 melaluinya mereka berkongsi beberapa video di-sebalik tabir untuk Cyberpunk 2077 termasuk juga yang memfokuskan kepada watak Keanu Reeves iaitu Johnny Silverhand.

Melalui video tersebut, ia memperlihatkan bagaimana Keane Reeves menghidupkan watak Johnny Silverhand, dengan lakonan suara dan juga tangkapan gerakan. Keanu Reeves juga berkongsi apa yang boleh dijangkakan oleh pemain melalui permainan ini iaitu kebebasan untuk memilih haluan sendiri.

Selain itu, CD Projekt Red juga berkongsi mengenai teknologi JALI, iaitu teknologi yang memudahkan mereka untuk memastikan gerakan bibir adalah tepat tidak kira bahasa apa yang dimainkan oleh pemain. Berbanding menggunakan tangkapan gerakan yang terhad, JALI akan menggerakkan bibir watak di dalam permainan secara automatik. Ia juga dapat mengesan tone cakapan.

Mereka ada juga berkongsi video di-sebalik tabir untuk rekaan audio dan muzik, anda boleh tontonnya di pautan ini. Bagi yang tidak sabar untuk mencuba permainan ini, mereka berkongsi video acah baharu yang memperlihatkan banyak bahagian yang tidak dipertontonkan sebelum ini.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 10 Disember 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini