IO Interactive iaitu pembangun untuk siri Hitman, hari ini mengumumkan yang mereka sedang membangun permainan berdasarkan watak perisik terkenal iaitu James Bond. Ia dibangunkan menggunakan nama awal Project 007. Anda boleh tonton video acah di bawah.
Permainan ini dikatakan adalah penceritaan asal usul untuk James Bond dan bagaimana beliau mendapat status ’00’. Buat masa ini mereka masih di peringkat awal pembangunan dan sedang mencari pembangun yang berminat untuk menyertai mereka.
Oleh kerana itu, maklumat lanjut mengenainya masih tidak dinyatakan, termasuk juga genre serta bentuk permainan. Apabila ia diumumkan kelak, kami sudah semestinya akan kongsi-kan kepada anda.