Ubisoft hari ini mengumumkan yang penambah-baikkan operator Tachanka kini tiba untuk digunakan oleh pemain di dalam Tom Clancy’s Rainbow Six Siege. Bersama dengan pelancaran ini, kostum Elite baharu untuknya juga diperkenalkan iaitu Slava Korolyu. Anda boleh tontonnya melalui video di bawah.
Rekaan baharu untuk Tachanka ini akan memberikan lebih mobiliti kepadanya, terutama melalui penggunaan senjata utama baharu iaitu DP27 LMG, ia mudah untuk di bawa dan mempunyai tembakan yang kuat untuk menghancurkan dinding.
Dia juga akan membawa Shumikha launcher yang akan melancarkan bom untuk menghalang daripada lawan masuk dan pada masa sama melakukan serangan kepada mereka.
Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.