Skip to main content

Bulan lepas, Axle Motorsports dan eGG Network mengumumkan kejohanan permainan perlumbaan RaceRoom E1 Championship akan diadakan bulan ini.

Kini dengan bakal berlangsung acara tersebut hari ini, senarai penuh litar dan pasukan pelumba akhirnya diumumkan secara rasmi di mana anda boleh melihat jadual penuh perlumbaan tersebut di bawah.

Seperti yang diumumkan sebelum, kejohanan ini akan bermula malam ini iaitu 19 November 2020 di mana ia akan bermula dengan litar pertama di Sepang, Malaysia. Perlumbaan seterusnya pula akan berlangsung di litar Shanghai, China dan diteruskan sehingga Januari kelak.

Siaran langsung kejohanan tersebut akan ditayangkan melalui Facebook rasmi E1 Championship bermula malam ini pada jam 10 malam ataupun melalui siaran rasmi eGG Network. Menurut eGG Network, kejohanan tersebut akan menyertakan pengacara khas Alex Yoong sendiri bersama Daniel Woodroof dan Dez Corkhill.

Manakala berikut adalah senarai perlumba yang akan berlumba malam ini yang terdiri daripada 7 negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Sri Lanka, Australia, New Zealand dan Indonesia.

Nama PelumbaNama PasukanNegaraNombor Kenderaan
1AYMAN AQEEMTEAM RSGMalaysia1
2MIKA HAKIMITEAM RSGMalaysia2
3ALISTER YOONGTEAM SAFEHOUSEMalaysia3
4MIKKO NASSITEAM SAFEHOUSESingapura4
5COLIN LEE KAH CHUNWUL VIRTUAL RACINGMalaysia7
6ALVIN YAK YEE SIANGWUL VIRTUAL RACINGMalaysia8
7INIGO ANTONGT RADIAL EURASIA MOTORSPORTFilipina11
8JOAQUIN GARRIDOGT RADIAL EURASIA MOTORSPORTFilipina12
9NAQUIB AZLANSTRATOS MOTORSPORTSMalaysia17
10YEVAN DAVIDSTRATOS MOTORSPORTSSri Lanka21
11TROY EIMANNSCUDERIA STRATOSMalaysia27
12ARIFF AZMISCUDERIA STRATOSMalaysia33
13KALEN CHINBLACKWOLF RACINGAustralia66
14DANIEL OOIBLACKWOLF RACINGSingapura77
15BENJAMIN SEEKi1 RACINGNew Zealand88
16CHERN LOOi1 RACINGMalaysia188
17WHELAN CHOYTEAM EGGMalaysia24
18LEONA CHINTEAM EGGMalaysia24
19IVAN VANTAGIATOTEAM EGGAustralia24
20FADHLI RACHMATERGP Leaderboard entryIndonesia3
21DILLAN TANERGP Leaderboard entrySingapura3
22BERNARD CHANERGP Leaderboard entryMalaysia3

Menurut eGG Network, pelumba-pelumba yang tersenarai diatas telah melakukan latihan selama 50 minit setiap minggu di mana mereka akan berlumba selama 5 minit untuk pusingan kelayakan dan dua pusingan ketika hari perlumbaan di mana sistem markahnya boleh di lihat di bawah.

Bagi anda yang ingin menonton kejohanan ini, sekali lagi anda dijemput untuk melayari Facebook rasmi E1 Championship di mana perlumbaan akan bermula pada 10 jam malam ini dan pastikan memberi sokongan buat pelumba pilihan anda.

Leave a Reply