Bagi anda yang masih lagi bermain permainan MMORPG oleh Nexon iaitu V4, hari ini mereka mengumumkan yang mana permainan tersebut akan menerima salah satu kemaskini terbesar bersama kelas watak baharu iaitu pemanah “Archer”.

Memfokuskan bentuk pertarungan jarak jauh, kelas pemanah tersebut merupakan kelas watak baharu pertama yang diperkenalkan sejak permainan V4 dilancarkan pada bulan Julai lepas.

Dengan menggunakan senjata panah dan busur, kelas watak ini juga merupakan kelas watak serangan terpantas dan mempunyai pelbagai lagi kemahiran yang pantas untuk menyerang musuh.

Pada masa yang sama, bersempena dengan pelancaran kelas watak “Archer” ini, Nexon juga mengumumkan beberapa acara yang akan turut tiba bersama yang membenarkan pemain untuk dapatkan pelbagai ganjaran bermula hari ini. Salah satu acara tersebut hanya memerlukan pemain untuk log masuk untuk menerima beberapa ganjaran barangan khas untuk watak kelas tersebut.

Selain itu, Nexon juga mengumumkan lokasi baharu yang pemain boleh terokai seperti Anguished Forest dan jgua Phantom Abyss Dungeon yang boleh diakses melalui Beast’s Void. Terdapat juga beberapa kemaskini lain seperti slot barangan tambahan baharu bersama perkakasan yang pemain boleh hasilkan melalui resipi barangan baharu.

Bagi anda yang berminat, permainan ini boleh dimainkan secara percuma di mana ia boleh dimuat-turun melalui pautan di bawah di mana ia juga menyokong rentas-platform antara tiga platform di bawah.

Muat-Turun: V4 di PC

Muat-Turun: V4 di Android

Muat-Turun: V4 di iOS

Sohor Kini