Pengusti Xavier Woods ataupun nama sebenar beliau Austin Watson telah mengumumkan yang beliau bersama dengan anggota lain The New Day dari WWE iaitu Kofi Kingston dan Big E akan disertakan sebagai watak yang boleh digunakan di dalam Gears 5, kemungkinan besar untuk mod multi-pemain.
Ini bukan pertama kali watak ahli gusti WWE menyertai Gears 5, Dave Bautista sebelum ini juga tiba sebagai watak DLC sebelum turut menjadi watak di dalam mod penceritaan. Buat masa ini, Microsoft tidak mengumumkan bila watak mereka akan tiba secara rasmi.
Gears 5 sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan PC.