Setelah membuka pra-pendaftaran untuk permainan mudah-alih (Permua) Star Wars: Starfighter Mission beberapa bulan lepas, hari ini Joymax dan Lucas Arts akhirnya melancarkan permua tersebut secara rasmi buat pasaran Malaysia secara percuma di peranti telefon pintar iOS dan Android.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Star Wars: Starfighter Missions merupakan permua berdasarkan siri Star Wars yang memfokuskan pertarungan menggunakan jet pejuang ataupun kapal angkasa seperti X-Wing dan Tie Fighter.

Dari segi kandungan, pemain boleh memilih “Light Side” ataupun “Dark Side” untuk mendapatkan jet pejuang dan watak yang berbeza seperti Millenium Falcon bersama Han Solo ataupun Tie Fighter bersama Darth Vader.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan secara percuma di iOS ataupun Android bermula hari ini.

App Store: Star Wars: Starfighter Missions

Play Store: Star Wars: Starfighter Missions

Sohor Kini