Julai lepas, 505 Games melancarkan permainan perlumbaan Asseto Corsa Competizione secara rasmi di PC melalui Steam. Di mana ia sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.
Hari ini mereka mengumumkan yang mana mereka akan membawa DLC baharu buat permainan tersebut di PC dahulu iaitu pek “2020 GT World Challenge” di mana ia boleh di beli dengan harga RM40 di Steam. Namun bagi pelancaran DLC ini di konsol, ia akan dilancarkan sekitar Januari tahun hadapan bersama kandungan bonus khas melalui pas musim permainan.
Melalui DLC ini, Kunos Simulazioni akan menyertakan satu litar dan dua kereta baharu bersama 60 pelekat kenderaan baharu. Selain itu, mereka juga menyertakan pelbagai kandungan musim perlumbaan 2020 GT World Challenge dan pelbagai pasukan pelumba berdasarkan GT World.
Dari segi kenderaan, pemain akan menerima Ferrari 488 GT3 EVO 2020 dan Mercedes AMG GT3 Evo. Manakala litar pula adalah Autodromo INternazionale Enzo e Dino Ferrari Imola.
Bersempena dengan DLC ini, pembangun juga melancarkan kemaskini 1.6 yang menyertakan pelbagai peningkatan prestasi permainan termasuklah penaik-tarafan kecerdasan buatan dan sistem fizik permainan.
Bagi anda yang berminat dengan permainan perlumbaan, anda boleh dapatkan permainan ini di konsol dan PC.