Picross S5 Diumumkan Akan Tiba Di Switch Pada 26 November Ini

April lepas, Jupiter baru sahaja melancarkan permainan Picross S4 dan kelihatan kali ini mereka tidak membuang masa untuk membangunkan permainan seterusnya di mana hari ini, Picross S5 diumumkan secara rasmi dan ia akan dilancarkan pada minggu hadapan.

Seperti permainan sebelum ini, Picross adalah permainan tekaria yang memerlukan pemain untuk meneka bilangan blok berdasarkan petunjuk nombor-nombor yang diperlihatkan melalui luar kotak tekaria tersebut.

Dari segi mod permainan, kelihatan Picross S5 akan mengekalkan empat mod permainan sedia ada tetapi dengan pelbagai tekaria baharu dengan sejumlah 485 tekaria. Selain itu, pemain juga boleh menyambung fail penyimpanan permainan Picross sebelum ini untuk mendapatkan beberapa tekaria tersembunyi khas.

Bagi anda yang berminat, Picross S5 akan dilancarkan pada 26 November 2020 ini khas di konsol Nintendo Switch melalui Nintendo eShop dengan harga $9.99(~RM44).

Sohor Kini