Dapatkan David Beckham Secara Percuma Untuk FIFA 21 FUT Dan Volta

EA telah mengumumkan yang David Beckham akan menyertai FIFA 21 untuk FIFA Ultimate Team dan juga Volta. Menariknya, pemain boleh mendapatkannya secara percuma dengan log masuk bermula 15 Disember, tawaran ini berakhir pada 15 Januari 2021.

Bagi FUT, pemain akan mendapat David Beckham untuk kelab Real Madrid dengan rating 86 di posisi RM. Ia adalah kad yang tidak boleh dijual. Manakala Volta, pemain akan mendapat beliau sebagai Groundbreaker. Tawaran ini tidak disertakan untuk versi Switch.

FIFA 21 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Switch melalui edisi Legacy. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini – FIFA 21.

Sohor Kini