Pokemon Go, permua pengembaraan realiti imbuhan keluaran Niantic bakal menerima kemaskini besar yang baru dalam masa terdekat ini.

Buat pertama kalinya sejak ia dilancarkan pada empat tahun yang lalu, ia akan memperlihatkan had tahap pemain yang baru, dimana ia dinaikkan dari tahap 40 ke tahap 50.

Niantic turut memperlihatkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan untuk menaikkan tahap pemain daripada 40 ke 50. Dalam pada itu, pemain-pemain yang mencapai tahap 40 menjelang hujung tahun ini akan menerima pencapaian terhad “Level 40 Legacy Trainer”.

Niantic juga akan menggandakan jumlah mata pengalaman yang diterima untuk setiap aktiviti yang dilakukan untuk mempercepatkan proses penaikkan tahap pemain ke tahap 40 jika anda rajin memainkan permainan ini bermula hari ini ke penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Niantic juga berkata mereka akan memperkenalkan penambahan dari segi mekanisma permainan dalam masa terdekat ini, sebelum kemaskini baru tersebut hadir bermula 30 November kelak, seperti kehadiran jenis Pokemon baru yang boleh ditangkap dan juga ciri musim yang akan berubah setiap satu suku tahun.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemaskini baru Pokemon Go ini, anda boleh membaca mengenainya di laman web Niantic.

Sohor Kini