Among Us Mengacah Peta Baharu – Pengumuman Lanjut Ketika The Game Awards

Among Us, melalui akaun Twitter yang baru sahaja dilancarkan oleh mereka telah mengacah peta baharu untuk permainan tersebut. Ia memperlihatkan kawasan bridge, dengan kata lain peta baharu ini adalah merupakan satu kapal angkasa.

Susulan perkongsian tersebut, mereka juga mengatakan yang maklumat lanjut mengenai penambahan yang bakal tiba, akan diumumkan semasa The Game Awards pada 11 Disember ini. Di mana mereka tersenarai sebagai calon untuk Permainan Multi-Pemain Terbaik.

Innersloth sebelum ini mengumumkan yang mereka membatalkan perancangan untuk melancarkan Among Us 2, sebaliknya akan membawa kandungan baharu ke permainan sedia ada yang walaupuna dikeluarkan sejak tahun 2018 lagi, menjadi popular pada tahun ini.

Among Us sudah dikeluarkan untuk PC dan ditawarkan secara percuma untuk iOS serta Android.

Sohor Kini