Nintendo dan LEGO hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengembangkan lagi set pilihan mainan LEGO berdasarkan siri Super Mario yang diumumkan sebelum ini, seperti apa yang mereka janjikan.

Bagi anda yang sudah pun memiliki set LEGO Super Mario sebelum ini, hari ini LEGO mengumumkan pelbagai set tambahan yang anda boleh dapatkan untuk mengembangkan lagi sesi mainan anda dengan pelbagai watak, kelengkapan berdasarkan siri tersebut.

Salah satu set yang diumumkan adalah “Adventure Maker Set” di mana ia membenarkan pemain untuk mengubah-suai pelbagai banugnan Super Mario dan mendapatkan koin-koin tambahan. Dengan menggunakan set tersebut, pemain juga boleh mengubah bagaimana LEGO Mario berinteraksi untuk beberapa blok istimewa yang disertakan bersama.

Selain itu, LEGO juga mengumumkan set Chain Chomp Jungle Encounter, Piranha Plant Puzzling Challenge Expansion Set dan juga pek naik-taraf watak yang menyertakan kostm Penguan dan Tonooki buat LEGO Mario.

Set-set tersebut akan dilancarkan pada 1 Januari 2021 ini di kesemua pengedar rasmi LEGO dengan harga berikut:

  • LEGO Super Mario Master Your Adventure Maker Set (366 blok LEGO) – RM289.90
  •  LEGO Super Mario Chain Chomp Jungle Encounter Expansion Set (160 blok LEGO) – RM119.90
  • LEGO Super Mario Piranha Plant Puzzling Challenge Expansion Set (267 blok LEGO) – RM139.90
  • LEGO Super Mario Wiggler’s Poison Swamp Expansion Set (374 blok LEGO) – RM179.90
  • LEGO Super Mario Penguin Mario Power-Up Pack (18 blok LEGO) – RM49.90
  • LEGO Super Mario Tanooki Mario Power-Up Pack (13 blok LEGO) – RM49.90
  • LEGO Super Mario Character Packs – Series 2 SGD – RM16.90

Sohor Kini