Skip to main content

Moonton telah mengumumkan yang Mobile Legends All Star Showmatch Malaysia akan berlangsung pada 21 November ini, bermula pukul 7 petang melalui Youtube dan TikTok Mobile Legends serta eGG Network dan Astro Arena.

Acara ini akan menyertakan dua kumpulan yang terdiri daripada artis, strimer dan pempengaruh. Dua kumpulan tersebut akan diketuai oleh dua orang penyanyi iaitu Naim Daniel dan Shalma Eliana.

Berikut adalah senarai penuh pasukan;

  • Kumpulan Naim –  Naim Daniel, Penjahat, Feekz, Le Josette, dan Master Ramen
  • Kumpulan Shalma: Shalma Eliana, Soloz, Xorn, Fiera Fendi, dan Fattahzi

Bagi penonton pula, Moonton menjanjikan pelbagai hadiah menarik termasuk juga lebih 5 juta kod hadiah serta kostum Legend. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi lagu tema baharu untuk Mobile Legends yang dinyanyikan oleh Naim Daniel dan Shalma Eliana.

https://www.youtube.com/watch?v=olprOAkzNLk

Leave a Reply