Skip to main content

Donkey Crew minggu ini mengumumkan yang permainan permainan Survival MMO mereka iaitu Last Oasis akan dikeluarkan untuk Xbox One dan Xbox Series pada suku pertama 2021. Ia juga akan menyokong fungsi rentas-platform bersama dengan PC.

Last Oasis sebelum ini sudah dilancarkan untuk PC secara akses awal pada bulan Mac lepas, dan mereka mengumumkan yang segala kemajuan pemain akan dipadamkan bermula pada 22 November ini, sebagai persediaan untuk musim ke-2.

Oleh itu, ini adalah peluang terakhir untuk menggunakan segala barangan yang anda ada sebelum perlu bermula semula.

Leave a Reply