Cyberpunk 2077, permainan terbaru keluaran CD Projekt Red akan tiba pada 10 Disember kelak selepas ditunda beberapa kali. Walaupun begitu, kebelakangan ini terdapat beberapa butiran mengenai permainan tersebut yang tertiris sebelum kehadirannya di pasaran.
Pengguna Reddit /u/Mikeymorphin baru-baru ini mengatakan bahawa dia telah mendapat sebuah kotak cakera permainan Cyberpunk 2077 untuk konsol PlayStation 4 dan mengacahkan beberapa butiran mengenainya, termasukklah kandungan kotak cakera tersebut dan juga rekaan belakangnya.
Melihat kepada kandungan didalam kotak cakera tersebut, ia diperlihatkan bahawa Cyberpunk 2077 akan hadir dengan dua cakera Blu-Ray, sama seperti permainan-permainan video Final Fantasy VII Remake, The Last of Us Part II dan juga Red Dead Redemption 2.
Bahagian belakang pula memperlihatkan sedikit rupa Night City iaitu lokasi Cyberpunk 2077 dan juga sinopsis permainan tersebut.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, Cyberpunk 2077 akan hadir untuk semua platform permainan video utama pada 10 Disember kelak, termasuklah PC dan juga konsol-konsol permainan video Sony PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbpx Series X dan Series S.