Tipsworks Studios dan Giant Games hari ini mengumumkan yang mana permainan Pascal’s Wager telah terjual melebihi 1 juta jualan muat-turun.

Selain itu, bersempena dengan kejayaan ini, Tipswork Studios juga mengumumkan yang mana mereka akan membawa kemaskini baharu buat permainan ini secara percuma di mana ia akan menyediakan mod “Boss Challenge” di mana melaluinya, pemain berupaya untuk bertempur dengan ketua musuh yang pemain tumpaskan sebelum ini.

Menariknya, mod tersebut juga akan menyertakan sistem carta yang mana pemain boleh lihat kejayaan pemain dan bandingkan dengan pemain lain secara atas-talian. Pada masa yang sama, pembangun juga menjanjikan akan terdapat pelbagai kandungan akan tiba kelak seperti kostum tambahan dan sebagainya.

Pascal’s Wager merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk pertempuran yang mendalam dan sukar seakan siri Soulsborne di konsol. Ia telah pun dilancarkan di iOS dan Android.

Sohor Kini