Bubble Bobble 4 Friends Kini Dilancarkan Di PlayStation 4

Seperti yang dijanjikan oleh ININ Games sebelum ini, permainan Bubble Bobble 4 Friends akhirnya dilancarkan di PlayStation 4 buat pasaran Malaysia. Permainan tersebut boleh dibeli melalui PlayStation Store dengan harga RM169 di mana ia sebelum ini telah dilancarkan di konsol Switch.

Siri Bubble Bobble semestinya sangat terkenal sebagai salah satu permainan retro lebih dari 30 tahun lepas yang mana ianya direka oleh Fukio Mitsuji.

Bubble Bobble 4 Friends merupakan permainan berdasarkan siri arked Bubble Bobble yang sangat terkenal lebih dari 30 tahun lalu dan ia memfokuskan bentuk platformer secara berperingkat. Permainan ini juga boleh dimainkan secara solo ataupun secara multi-pemain sehingga 4 pemain serentak. Dengan pelancaran versi PlayStation 4, ia juga menerima pelbagai kemaskini yang dilancarkan sebelum ini di konsol Switch.

Bagi anda yang berminat, anda boleh membelinya di PlayStation Store bermula minggu ini.

Sohor Kini