Valve minggu ini telah mengemaskini permainan realiti-maya Half-Life Alyx dengan kandungan ulasan pembangun di mana mereka berkongsi di sebalik tabir pembangun permainan tersebut termasuklah bagaimana beberapa bahagian permainan dihasilkan.

Menurut Valve, ulasan audio tersebut berdurasikan sekitar 3 jam dan mempunyai sokongan sarikata bahasa sehingga 10 bahasa sari kata dan ia boleh diakses secara terus di dalam permainan dengan memakai fon kepala yang tersedia di beberapa bahagian permainan apabila pemain bermain dengan menetapkan akses ulasan tersebut.

Valve juga menyatakan ulasan tersebut juga mempunyai 147 perkara berbeza yang ditekan sama ada dari segi rekaan, karya, animasi, audo dan sebagainya berkenaan permainan Half-Life Alyx tersebut.

Half-Life Alyx telah pun dilancarkan di PC melalui Steam di mana ia boleh di beli dengan harga hanya RM95. Namun untuk memainkannya, anda perlu memiliki set kepala realiti-maya seperti Oculus Rift ataupun HTC Vive.

Sohor Kini