Skip to main content

Ketika acara Inside Xbox pada bulan Mei lepas, Raw Fury dan Out Of The Blue mengumumkan satu permainan pengembaraan Call Of The Sea akan dilancarkan di konsol Xbox dan PC.

Kini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan di mana ia akan tiba pada 8 Disember 2020 ini di konsol Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam. Menariknya, permainan ini juga turut akan tiba buat pelanggan Xbox Game Pass di konsol dan PC.

Call Of The Sea merupakan permainan yang dibangunkan oleh Out Of The Blue dan diterbitkan oleh Raw Fury di mana ianya adalah satu permainan pengembaraan yang bertempatkan di tahun 1934 di mana pemain perlu mengikuti jejak langkah suami Norah yang hilang di satu pulau misteri.

Menariknya, watak Norah dilakonkan oleh Cissy Jones di mana beliau adalah sangat terkenal sebagai suara latar buat watak Delilah dari Firewatch dan Fury dari Darksiders III.

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang bulan hadapan.

Leave a Reply