Destiny 2 Boleh Dimainkan Secara Percuma Melalui Stadia Tidak Lama Lagi

Destiny 2 ialah permainan komputer looter-shooter keluaran Bungie yang cukup popular. Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan kandungan tambahan Beyond Light yang memperlihatkan sub-class dan senjata-senjata baru, disamping kandungan yang telah dikemaskini.

Sejak pelancaran Shadowkeep sebelum ini, permainan asas Destiny 2 telah menjadi percuma apabila ia beralih kepada Steam apabila Bungie meninggalkan Activision. Satu-satunya platform dimana ini tidak benar ialah Stadia, dimana anda perlu membeli kandungan Shadowkeep ataupun mempunyai langganan kepada Stadia Pro untuk memainkannya.

Semua itu bakal berubah pada 19 November apabila Stadia mengatakan Destiny 2 boleh dimainkan secara percuma tanpa perlu membeli sebarang kandungan ataupun langganan pada platform tersebut.

Untuk mereka yang sudahpun melanggan Stadia Pro, kelebihan untuk mereka ialah mereka boleh menggerakkan permainan ini dan juga permainan-permainan lain pada resolusi 4K60FPS.

Sohor Kini