Skip to main content

Ubisoft hari ini mengumumkan yang mana pelancaran permainan Assassin’s Creed Valhalla minggu lepas merupakan pelancaran terbaik untuk siri permainan Assassins Creed.

Menurut mereka, permainan tersebut mendapat sokongan peminat dan ulasan yang baik di kalangan pemain dan telah terjual lebih banyak untuk minggu pertama berbanding permainan-permainan Assassin’s Creed yang lain untuk tempoh masa jualan yang sama.

Ubisoft juga menyatakan yang mana Assassin’s Creed Valhalla juga menjadi permainan jualan keluaran Ubisoft terbaik di platform PC, sekaligus meningkatkan jualan permainan melalui platform Ubisoft Store.

Dari segi pencapaian pemain pula, permainan tersebut telah memecah rekod dengan lebih dari 4 juta kilometer pemain sudah terokai dengan lebih dari 55 juta bangunan telah dinyah-kunci sejak permainan tersebut dilancarkan.

Semestinya ini bukanlah perkara yang mengejutkan di mana sebelum ini kami juga melaporkan permainan tersebut mempunyai pemain aktif sebanyak dua kali ganda berbanding siri sebelum ini.

Assassin’s Creed Valhalla sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply