Paradox Interactive minggu ini telah berkongsi prestasi kewangan mereka untuk tahun ini sehingga September 2020. Antara fokus utama mereka adalah mengenai Crusader Kings III yang baru sahaja dilancarkan pada 1 September lepas.
Mereka mengatakan yang permainan strategi tersebut telah terjual sebanyak 1 juta unit selepas sebulan dikeluarkan. Walaupun tidak disahkan, akan tetapi berkemungkinan jumlah tersebut tidak termasuk pemain yang mendapatkannya melalui Xbox Game Pass.
Crusader Kings III sudah dilancarkan untuk PC, ia juga ditawarkan secara percuma untuk pelanggan Xbox Game Pass for PC.