Video Acah Batwoman Versi Javicia Leslie Muncul Di Arena Web

Javicia Leslie adalah pelakon baharu watak Batwoman dalam siri TV Batwoman dari The CW. Javicia akan menggantikan Ruby Rose yang telah menarik diri dari watak ini. Javicia turut akan memainkan watak baharu, iaitu Ryan Wilder yang tiada dalam komik. Ia adalah watak ciptaan dari The CW sendiri seperti watak-watak ciptaan yang muncul dalam siri-siri TV Arrowverse.

Ryan Wilder adalah seorang wanita yang ganas, licik dan bijak. Beliau juga merupakan bekas pengedar dadah dan ingin membayar hutang-hutang dari pembekal dadah. Dalam video tersebut, Ryan dilihat telah menemui sut Batwoman di tepi jalan. Beliau kemudian memakainya untuk kebaikan sendiri. Menurut sumber, selepas mengenali dan memahami erti Batwoman – beliau mengubah sut tersebut dan terus menjadi Batwoman baharu.

Ini bermakna, watak Kate Kane/Batwoman lakonan Ruby Rose telah melarikan diri, mati atau mungkin hilang secara misteri. Ini adalah apa yang berlaku pada Batman dalam dunia Arrowverse. Dengan penemuan sut ini oleh Ryan, adakah beliau akan bekerjasama dengan Mary, Luke dan Sophie. Siri TV ini akan disiarkan pada 17 Januari 2021 kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini