Skip to main content

Epic Games ialah sebuah syarikat pembangunan permainan yang cukup popular untuk permainan MOBA mereka, Fortnite yang boleh dimainkan di pelbagai platform, dan juga enjin grafik Unreal Engine yang digunakan oleh pelbagai syarikat pembangunan permainan yang lain.

Epic Games telah menambahkan sebuah lagi teknologi baru kepada portfolionya dengan mengambil-alih Hyprsense. Ia adalah sebuah syarikat yang membangunkan teknologi pengecaman riak wajah dan memasukkannya kedalam avatar digital secara terus melalui sebuah webcam sahaja.

Aplikasi tersebut sebelum ini telah dilancarkan sebagai perisian beta Hyprmeet yang menyokong sejumlah perisian telesidang popular seperti Microsoft Teams, Google Meet, Zoom dan Skype, tetapi telah ditutup, mungkin selepas pengambil-alihan tersebut.

Epic Games sendiri mempunyai beberapa permainan yang boleh memanfaatkan teknologi ini, seperti Fortnite dan juga Party Royale, sebuah ruang lepak maya yang dibangunkan oleh Epic Games melalui Fortnite.

Para pekerja Hyprsense akan bergabung tenaga dengan pembangun permainan di Epic Games, disamping membangunkan teknologi baru menggunakan ciri pengecaman riak wajah tersebut.

Leave a Reply