Monster Hunter Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 28 Januari 2021

Monster Hunter adalah siri permainan yang terkenal dari Capcom. Antara permainan terkini Monster Hunter adalah Monster Hunter World dan akan datang pada tahun hadapan Monster Hunter Rise. Siri permainan ini telah diadaptasi oleh Sony menjadi filem aksi nyata dengan menyertakan Milla Jovovich sebagai watak utama.

Filem sudah pun mempunyai video acah dan sepatutnya dijadualkan untuk tayangan pada Disember 2020. Tetapi disebabkan pawagam di Malaysia tutup sehingga diumumkan, filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 28 Januari 2021. Filem ini akan memfokuskan kepada sekumpulan askar yang bertugas di dunia lain yang dipenuhi dengan raksasa. Antara raksasa yang akan bertembung dengan pasukan askar ini adalah Rathalos dan Diablos.

Sony turut hadir dengan poster baharu memperlihatkan aksi di antara askar-askar dan juga raksasa. Harapnya menjelang Januari tahun hadapan, pawagam sudah dibuka dan tiada lagi tarikh tayangan yang ditunda. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini