Skip to main content

Modus Games telah mengumumkan DLC untuk Trine 4: The Nightmare Prince iaitu Melody of Mystery, ia merupakan DLC yang memfokuskan kepada penceritaan. Ia akan tiba pada bulan ini di PC, manakala untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch ia akan tiba pada suku kedua tahun hadapan.

Di dalam Melody of Mystery, Amadeus, Pontius dan Zoya perlu menyiasat mengenai misteri yang berlaku di Astral Academy yang membuatkan semua warga di akademi tersebut tertidur. Ia akan menyertakan 6 peringkat baharu untuk diteroka oleh pemain.

Trine 4: The Nightmare Prince sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply