Skip to main content

Ogos lepas ketika acara Gamescom, ClockStone dan Headup Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan satu lagi permainan Bridge Constructor dan kali ini akan berdasarkan siri TV terkenal, iaitu The Walking Dead.

Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut di mana ia akan dilancarkan minggu ini, iaitu 20 November 2020 di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC melalui Steam, dan Xbox Series.

Dari segi pelancaran di konsol PlayStation 5, ia akan diumumkan kemudian dan versi permua juga turut diumumkan di mana ia akan tiba pada tarikh yang sama di iOS dan Android.

Seperti permainan Bridge Contructor Portal sebelum ini, Bridge Contructor: The Walking Dead akan memfokuskan pemain untuk membina jambatan dan kali ini, pemain perlu melarikan diri dari zombi. Melalui permainan ini, ia juga akan meneyrtakan beberapa watak daripada siri TV tersebut seperti Daryl, Michonne dan Eugene.

Menariknya, menurut pembangun permainan ini akan mempunyai pelbagai peringkat dan pemain perlu bijak menyusun jambatan untuk menyelesaikan tekaria, pada masa yang sama perlu bijak menggunakan segala objek sedia ada untuk menghalang zombi daripada maju dan melarikan diri watak-watak di dalam permainan ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang hari Jumaat ini.

Leave a Reply