Jika pawagam di Malaysia masih lagi tidak mempunyai nasib yang menentu, di Jepun tampaknya industri pawagam di Jepun kembali hidup, sekurang-kurangnya untuk filem animasi Demon Slayer: Mugen Train yang mula ditayangkan pada pada bulan lepas.
Toho/Aniplex hari ini mengumumkan yang filem tersebut telah mendapat kutipan sebanyak 23.35 bilion Yen (~RM900 juta) selepas hampir sebulan ditayangkan di pasaran Jepun sahaja. Kutipan tersebut menjadikan ia adalah filem ke-5 dengan kutipan tertinggi di negara tersebut.
Namun, dengan filem tersebut akan terus ditayangkan, ia mungkin akan mendapat kutipan yang lebih tinggi dan mengatasi filem-filem seperti Your Name, Frozen dan Titanic. Filem kutipan tertinggi adalah Sprited Away.
Di Malaysia, filem Demon Slayer ini diumumkan akan tiba pada 5 Disember untuk tayangan awal, akan tetapi dengan PKPB dilanjutkan ke 6 Disember, GSC mungkin akan mengubah tarikh tersebut.