eGG Network hari ini telah mengumumkan Jalur 14 iaitu siri dokumentari secara rasmi, di mana ia akan memfokuskan kepada perkembangan industri esukan dan juga pembangun permainan video di Malaysia. Ia adalah hasil kerjasama di antara mereka, ESI di bawah selian Kementerian Belia dan Sukan.
Dokumentari ini akan berkongsi kisah mengenai 14 ikon Malaysia antaranya adalah Mushi, YamateH, Dr. Yew Weng Kean, Soloz, Fredo, Chuchu Gaming untuk bahagian esukan bersama dengan Wan Hazmer, Hasnul Hadi dan Ng Aik Sern untuk pembangun permainan video.
Jaluar 14 akan mempunyai 5 bahagian, dan akan mula disiarkan bermula pada 26 November melalui eGG Network.