CD Projekt Red telah mengumumkan yang acara seterusnya Night City Wire untuk Cyberpunk 2077 akan berlangsung pada 1 pagi, 20 November ini. Melaluinya mereka akan memfokuskan kepada watak Johnny Silverhand yang akan dibawa oleh Keanu Reeves.

Selain itu ia juga akan berkongsi lanjut mengenai muzik di dalam permainan ini. Night City Wire ini merupakan episod ke-5, di mana episod sebelum ini mereka memfokuskan kepada kenderaan.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 10 Disember 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini