Hitman: Codename 47 yang dikeluarkan pada November 2000, merupakan permainan pertama bagi siri Hitman oleh IO Interactive. Sejak daripada itu, ia kini mempunyai 7 permainan utama, dan yang terbaru adalah Hitman 2 yang dikeluarkan pada tahun 2008. Hitman 3 akan tiba pada tahun depan.
Sejak daripada itu, IO Interactive mengumumkan yang siri ini telah mempunyai lebih 70 juta pemain, namun mereka tidak berkongsi pecahan mengikut permainan. Selain permainan utama, siri Hitman juga mempunyai permainan sampingan seperti Hitman: Go dan Hitman: Sniper untuk peranti pintar. Ia juga pernah menerima filem, novel dan komik.
Selepas bekerjasama dengan penerbit seperti Eidos Interactive, Square Enix dan Warner Bros, Hitman 3 kelak akan menjadi permainan pertama yang akan diterbitkan sendiri oleh mereka.