James Gunn iaitu pengarah bagi The Suicide Squad melalui perkongsian di Instagram beliau telah mengesahkan yang Sylvester Stallone akan menjadi sebahagian daripada pelakon untuk filem tersebut. Tidak lama selepas itu, Sylvester Stallone sendiri mengesahkan perkara tersebut di Instagram beliau.

Pada Ogos lepas, semasa senarai pelakon bersama dengan watak dikongsi, Sylvester Stallone tidak disertakan jadi ini mungkin satu watak baharu, ataupun sekadar cameo sahaja. Tambahan, James Gunn sebelum ini juga mengumumkan penggambaran untuk filem tersebut sudah tamat sebelum ini.

James Gunn dan Stallone sebelum ini pernah terlibat bersama di dalam filem Guardians of the Galaxy 2, di mana Stallone memainkan watak Stakar Ogord.

The Suicide Squad akan membawa penceritaan baharu dan tidak akan berkait dengan filem pertama, walaupun membawa kembali beberapa pelakon yang sama. Ia dijangka akan tiba pada Ogos 2021.

Sohor Kini