Jika anda sudah bermain Marvel’s Spider-man Miles Morales ataupun melihat mana-mana video bentuk permainan, anda mungkin perasan mengenai yang kasut dipakai oleh Miles Morales. Ia adalah kasut Adidas Superstar yang dihasilkan atas kerjasama di antara Adidas dan Insomniac Games.
Bagi anda yang berminat, Adidas Malaysia telah menawarkan kasut tersebut secara rasmi, dan ia dijual dengan harga RM420 untuk dewasa, RM320 untuk kanak-kanak. Semasa penulisan ini, kebanyakan saiz masih ada dan anda boleh lakukan pembelian melalui laman rasmi Adidas.
Kasut ini hadir dengan warna merah dengan campuran warna hitam untuk sesetengah bahagian termasuk juga jalur. Sebagai kerjasama rasmi, ia juga menyertakan logo Spider-man di belakang, dan logo PlayStation di bahagian depan.
Adidas juga sebelum ini hadir dengan kasut untuk Cyberpunk 2077 di mana ia juga sudah mula ditawarkan dengan harga bermula RM600. Anda boleh dapati di kedai rasmi Adidas ataupu JD Sports.
Marvel’s Spider-man: Miles Morales sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5, anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan – Marvel’s Spider-Man: Miles Morales – Adiwira Lebih Bergaya.
Sumber: Lowyat