Seperti yang tertiris sebelum ini, Devolver Digital dan Croteam minggu ini menggumumkan yang mana mereka akan melancarkan koleksi permainan Serious Sam di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch pada 17 November 2020 ini.

Koleksi permainan tersebut akan menyertakan 3 permainan utama siri Serious Sam bersama-sama kandungan penambahan iaitu:

  • Serious Sam HD: The First Encounter
  • Serious HD: The Second Encounter
  • Serious Sam 3: BFE

Serious Sam merupakan permainan penembak klasik yang sangat terkenal oleh Croteam di mana ia memfokuskan bentuk arked secara berperingkat dengan pelbagai jenis senjata dan musuh yang menarik. Permainan keempat, Serious Sam 4 juga sebelum ini telah dilancarkan di PC dan Stadia.

Sohor Kini