Skip to main content

Koei Tecmo dan Team Ninja minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Nioh pertama dan Nioh 2 sebagai permainan pernambah-baikkan di dalam satu koleksi untuk konsol PlayStation 5.

Menurut Koei Tecmo, permainan tersebut akan dilancarkan pada 5 Februari 2021 ini.

Melalui koleksi ini, Koei Tecmo mengesahkan yang mana koleksi permainan tersebut turut akan tiba bersama kesemua DLC yang dilancarkan sebelum ini termasuklah DLC seterusnya selepas Darkness In The Capital, iaitu The First Samurai yang akan dilancarkan pada 17 Disember ini untuk pemilik pas musim permainan Nioh 2 di konsol PlayStation 4.

Berdasarkan Koei Tecmo, permainan tersebut akan menerima beberapa penaik-tarafan seperti sokongan kadar bingkai sesaat sebanyak 120FPS dan peningkatan kelajuan pemuatan. Pada masa yang sama, Koei Tecmo juga mengesahkan fail penyimpanan permainan boleh dipindah dari versi PlayStation 4 ke PlayStation 5. Dari segi sokongan lain seperti resolusi 4K, sokongan picu penyesuai dan 3D audio juga disahkan akan tiba bersama.

Menurut Koei Tecmo, bagi pemain yang sudah memiliki permainan Nioh 2 sebelum ini di konsol PlayStation 4, akan menerima penaik-tarafan secara percuma ke konsol PlayStation 5. Namun buat mereka yang tidak memiliki kandungan DLC, mereka tetap tidak akan menerimanya di konsol PlayStation 5.

Pada masa yang sama, Koei Tecmo juga mengumumkan permainan Nioh 2 akhirnya akan tiba di PC melalui Steam sebagai permainan Nioh 2 Complete Edition pada tarikh yang sama, iaitu 5 Februari 2021 ini. Edisi lengkap tersebut juga diumumkan turut akan tiba di PlayStation 4 dan boleh dinaik-taraf ke konsol PlayStation 5 tanpa sebarang kos tambahan.

Nioh 2 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada Mac lepas di mana kami sebelum ini juga telah pun mengulas permainan tersebut di mana anda boleh membacanya di bawah.

Ulasan Nioh 2 – Satu Lagi Permainan “Soulsborne” Yang Sangat Menguji Kesabaran

Leave a Reply