Filem Mulan adalah filem olahan semula dari filem animasi klasik Disney dengan judul yang sama. Olahan semula ini adalah filem aksi nyata dan ia lebih dekat dengan realiti, seperti tiada rakan baik naga, tiada adegan menyanyi dan konsepnya lebih mudah untuk diterima.

Filem ini sempat ditayangkan di Malaysia, tetapi pasaran luar seperti Amerika Syarikat terpaksa menyewa filem ini pada harga mencapai lebih RM100 di Disney+. Filem ini hanya percuma (bagi pelanggan sahaja) di Disney+ menjelang hujung tahun ini. Untuk penonton di Malaysia, disebabkan Disney+ masih tiada di sini – anda boleh sewa atau beli filem ini secara digital di Apple TV atau Google Play Movie.

Di Apple TV, harga jualan adalah RM54.90. Apple turut menawarkan berkas filem olahan semula aksi nyata dan filem animasi pada harga RM89.90. untuk Apple TV, filem ini turut menyertakan iTunes Extra tanpa sebarang kos tambahan. Di Google Play Movie pula, harga jualan adalah RM38 untuk kualiti SD dan RM56 untuk kualiti HD. Setakat ini tiada tawaran sewaan bagi filem ini untuk pasaran tempatan.

Sohor Kini