Nexon hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara khas buat permua Maple Story M bersama siri anime terkenal iaitu Attack On Titan bermula hari ini sehingga 25 November ini.
Melalui acara kolaborasi ini, pemain berupaya untuk mengumpul koin acara khas sama ada melakukan latihan pergerakan ataupun melalui acara khas Battle of Trost District seperti di dalam siri anime Attack On Titan.
Koin tersebut pula akan membenarkan pemain untuk dapatkan pelbagai ganjaran khas setelah kedai koin Attack On Titan akan dibuka bermula 3 Disember ini.
Maple Story M merupakan permainan RPG berbentuk dua dimensi di mana ia adalah berdasarkan siri permainan Maple Story yang sangat terkenal sebelum ini. Dengan pelancarannya sebagai versi permua, ia menerima pelbagai kandungan dan bagi anda yang berminat, ia boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.