Bagi anda yang meminati permainan penembak dua dimensi yang pantas dengan visual grafik pixel, anda mungkin berminat dengan permainan BUTCHER yang baru sahaja dilancarkan hari ini oleh SCRYSoft dan Crunching Koalas.
BUTCHER boleh dibeli di PlayStation Store melalui PlayStation 4 dengan harga hanya RM44 sahaja. Sebelum ini, permainan ini telah pun dilancarkan di Switch dan PC melalui Steam.
BUTCHER adalah permainan penembak aksi dua dimensi yang sangat ganas di mana ia dibangunkan oleh Transhuman Design, iaitu pembangun untuk permainan Soldat dan King Arthur’s Gold. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan penembak yang mengingatkan kami seakan DOOM tetapi dengan visual pixel.
Menariknya, permainan ini juga menyertakan pelbagai senjata yang pemain boleh guna untuk tumpaskan musuh seperti gergaji elektrik, senapang patah dan sebagainya dengan pelbagai lokasi dari hutan sehinggalah bukit berlava.
Bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan ini, anda boleh memiliki bermula hari ini di PlayStation Store.