Skip to main content

Epic Games Store minggu ini menawarkan satu permainan percuma sebagai tawaran mingguan mereka iaitu The Textorcist. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 20 November 2020.

The Textorcist adalah permainan aksi yang mempunyai bentuk permainan yang unik iaitu setiap pergerakan dan serangan perlu dilakukan dengan pemain menaip penulisan yang terpapar di skrin. Ia dibangunkan oleh Morbidware dan diterbitkan oleh HeadUp.

Selepas tawaran ini berakhir, mereka akan menyertakan pula dua permainan iaitu Elite Dangerous dan The World Next Door.

Muat Turun: The Textorcist

Leave a Reply