Skip to main content

Bethesda Softworks dan Arkane Lyon hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran permainan Deathloop di mana ia akan tiba di konsol PlayStation 5 dan PC pada 21 Mei 2021 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Deathloop merupakan permainan penembak di mana ia memfokuskan pemain untuk memburu pemburu lain di mana pemain akan berada di dalam satu gelungan masa yang berulang. Melaluinya, pemain perlu mencari senjata, cara dan pelbagai informasi untuk memastikan pemburuan pemain berjaya.

Bersempena dengan pengumuman ini, Bethesda juga mengumumkan beberapa edisi permainan yang akan dijual bermula dengan edisi biasa di mana melalui PlayStation Store, ia dijual dengan harga RM249 dan buat pelanggan PlayStation Plus, Sony menawarkan diskaun 10% dengan harga jualan RM224.10

Melalui edisi biasa ini, Sony juga menawarkan pra-tempah khas senjata Royal Protector Machete, kostum Storm Rider Colt dan barangan Trinket secara bersama.

Manakala untuk edisi Deluxe pula yang berharga RM289 di PlayStation Store dengan tawaran 10% diskaun untuk pelanggan PlayStation Plus, selain daripada barangan di atas, Sony jgua menawarkan pelbagai kostum tambahan, senjata esklusif dan juga kostum khas untuk kedua dua watak Colt dan Julianna.

Bagi anda yang berminat, anda boleh pra-tempah permainan ini di PlayStation Store sekarang ataupun melalui mana-mana pengedar rasmi permainan ini. Bagi versi PC, ia akan tiba melalui Bethesda.Net ataupun melalui Steam dan ia akan diumumkan kemudian.

Leave a Reply