EA telah berkongsi kemaskini untuk FIFA 21 yang di antara menyelesaikan pelbagai masalah serta pepijat, termasuk juga masalah apabila anda bermain mod Career – pengurus pihak lawan dan anda akan menggunakan model yang sama.

Namun, satu penambahan yang bagi kami lebih menarik adalah FIFA Playtime iaitu fungsi baharu yang disertakan di dalam permainan ini. Menurut Eurogamer, ia adalah satu fungsi untuk membolehkan pemain mengawal had masa bermain dan juga berbelanja.

Antara yang boleh ditetapkan adalah jumlah masa yang pemain boleh bermain untuk sesuatu mod seperti FUT dan Volta, ia juga boleh menetapkan berapa jumlah perlawanan yang boleh dimainkan. Bagi FUT, anda juga boleh menghadkan berapa pek yang boleh dibuka menggunakan FIFA Coins atau FIFA Points.

Fungsi ini sudah semestinya sangat berguna bagi ibu bapa untuk mengawal sesi permainan anak-anak mereka, tetapi ia juga berguna untuk menghadkan sesi permainan anda sendiri. FIFA Playtime sudah tiba untuk versi PC, dan ia akan tiba pada 17 November untuk versi konsol.

FIFA 21 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, PC. Ia juga menerima naik taraf percuma untuk PlayStation 5 dan Xbox Series. Switch menerima edisi Legacy. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini – FIFA 21.

Sohor Kini