JD Sports Akan Membawa Koleksi Kasut Adidas Cyberpunk 2077 Ke Malaysia

JD Sports melalui laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan yang mereka akan membawa koleksi kasut Adidas X9000 x Cyberpunk 2077, tarikh pelancaran akan diumumkan kemudian.

Ia akan mempunyai satu rekaan untuk model Adidas X9004D (~RM900), manakala model Adidas X900L4 (~RM600) pula akan mempunyai 3 rekaan berbeza.

Buat masa ini tidak disahkan lagi harga dan juga tarikh pelancaran, namun ada berkemungkinan anda memperoleh kasut ini terlebih dahulu sebelum dapat bermain permainan Cyberpunk 2077 itu sendiri.

Sohor Kini